INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Pengenalan

FELDA BUKIT BADING terletak dalam daerah Hulu Terengganu, lebih kurang 44 kilometer ke Selatan Bandar Kuala Terengganu. Ia termasuk di bawah kawasan Parlimen Hulu Terengganu dan kawasan Dewan Undangan Negeri Ajil. Dipercayai wujudnya KAMPUNG FELDA BUKIT BADING pada peta daerah dan negeri ini ialah pada ketika dulu ada beberapa komunis cina telah bertapak di atas bukit untuk bercucuk tanam. Diceritakan orang bahawa dua komunis yang bernama Bang dan Dinga telah bergaduh sesama sendiri ketika itu sehingga berlakunya pembunuhan. Disebabkan itu, komunis tersebut telah ditanam di atas bukit dan telah menjadi bualan orang ramai. Maka , terkenallah tempat tersebut dengan nama Bukit Bading. Bermula dari situ, Rancangan mula dimajukan dengan tanaman sawit dalam tahun pembangunan 1963/64 dan mempunyai enam peringkat dengan kawasan seluas 2,624.81 hektar. Luas kawasan perkampungan pula ialah 111.69 hektar. Peringkat I telah ditanam semula pada program tahun 1991/92 dan peringkat II dan III pada program tahun1992/93. Peringkat V merupakan kawasan tambahan ( REZAB).

Nama Pengurus : En. NASIR Bin Samsuddin
Nama Ketua Peneroka : Haji Alias Bin Salleh
SDA : Puan Siti Hanizah Bt Zakaria
Pengerusi GPW : Puan Hasnah Binti Bidin

Selain itu, terdapa juga kampung-kampung sekitar dengan Felda Bukit Bading iaitu :

• Kampung Lubuk Batu
• Kampung Bukit Mok Mek
• Kampung Pela
• Kampung Durian Kassim
• Kampung Tok Dor
• Felda Sungai Chador
Rekreasi & Pelancongan
Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu




Tempat Makan Menarik






Kemudahan Awam
Pendidikan
Kisah Kejayaan


En. Muhamad Faizani Bin Mazlan merupakan sorang belia Felda yang berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau merupakan generasi ketiga Felda Bukit Bading. Beliau tinggal di rumah kedua ibu bapanya yang beralamat 424 Felda Bukit Bading. Beliau adalah salah seorang usahawan tempatan yang berjaya. Beliau menjalankan perniagaan berbentuk pertanian fetigasi seperti cili besar, cili kecil, terung, patola, bendi dan pelbagai jenis sayuran lagi secara berkala. Beliau menjalan pertanian fetigasi ini di kawasan belakang rumah kedua iba-bapa beliau bermula tahun 2019. Pada bulan januari 2019 beliau datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Bukit Bading untuk bertanya berkenaan dengan perniagaan yang sesuai di buat di luar bandar dengan bermodalkan modal permulaan sebanyak rm 10,000. Setelah mendapat penerangan dan tunjuk ajar berkenaan dengan model perniagaan pertanian fetigasi berkala seperti cara-cara penyediaan tapak mengikut modal permulaan, cara-cara penjagaan, cara-cara tanaman berkala (mengikut pusingan) dan pemasaran. Setelah 8 bulan menjalankan projek pertaniah fetigasi pertama (cili besar) dan membuahkan hasil, sekali lagi kakitangan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Bukit Bading memberi tunjuk ajar cara-cara untuk berurusan dengan pihak FAMA dan Pertubuhan Pertanian Terengganu. Dengan hasil didikan serta tunjuk ajar kakitangan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Bukit Bading pihak FAMA dan Pertubuhan Pertanian Terengganu bersetuju untuk membeli hasil pertanian beliau secara berkala. Pada awal bulan jun 2020 baru-baru ini, beliau mendapat hasil dari tanaman beliau sebanyak rm 12,000. Beliau didorong oleh keluarga untuk bersemangat dalam menceburi bidang pertanian fetigasi ini. Beliau juga berterima kasih kepada pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Bukit Bading kerana memberi tunjuk ajar dan sokongan. Pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Bukit Bading berbangga dan berbesar hati kerana dapat membantu usahawan muda seperti beliau dan behasrat untuk membantu bakal-bakal usahawan di Felda Bukit Bading dan kampung sekitar.

Keusahawanan
Pertanian Dan Perladangan

Kelapa sawit merupakan sumber pendapatan utama bagi penduduk Felda Bukit Bading. Ia juga menjadi teras utama sejak lebih dari 50 tahun. Selain itu, penduduk juga ada menanam tanaman kontan seperti pisang, ubi kayu,sayur-sayuran dan keladi. Terdapat penduduk yang bijak menggunakan tanah yang dimiliki dengan penanaman pokok yang cepat mengeluarkan hasil ini. Selain dapat digunakan untuk kegunaan sendiri, mereka juga dapat menjual atau menjadikan suatu produk lain sebagai punca pendapatan.

Penternakan

Terdapat penduduk di Felda Bukit Bading ini yang membela dan menternak ternakan seperti lembu, kambing dan juga ikan air tawar. Semua ini diusahakan didalam kawasan ladang kelapa sawit masing-masing. Selain dapat menjimatkan kos penternakan mereka juga dapat menjaga kebersihan kebun dengan menggunakan rumput-rumput yang ada sebagai makanan untuk ternakan yang ada. Hasilnya juga lebih memuaskan kerana kurangnya penggunaan bahan campuran dan lebih kepada organik. Walaupun mereka terdiri dari golongan luar bandar, mereka juga kuat berusaha untuk menjana pendapatan yang lebih.

Perniagaan

Perniagaan yang dijalankan di sini pula terdiri dari kedai runcit, kedai makan, bengkel motor dan juga tukang jahit. Terdapat lot-lot kedai yang disediakan bagi memudahkan urusan jual beli dijalankan. Terkini pihak pengurusan Felda telah menambah beberapa lagi lot kedai yang baru bagi memberi peluang kepada penduduk-penduduk untuk sama berniaga dan menjana pendapatan masing-masing.

Selain itu, ada juga penduduk yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan, seperti masakan ala barat (Burger & Western), masakan panas ala Thai, masakan kampung dan banyak lagi.

Usahawan : Amir Burger & Western

En. Mohd Amir Bin Hashim merupakan sorang belia Felda yang Berjaya. Beliau merupakan generasi kedua Felda Bukit Bading. Beliau adalah salah seorang usahawan tempatan yang Berjaya. Beliau membuka perniagaan makanan dan minuman yang dinamakan sebagai Amir Burger Corner. Amir Burger Corner ditubuhkan pada tahun 2002 yang diasaskan oleh Mohd Amir Bin Hashim. Pada permulaan penubuhan amir burger corner ini, beliau hanya berniaga menggunakan stor burger yang di buat oleh beliau sendiri dihadapan rumahnya. Pada tahun 2010 beliau telah membesarkan perniagaannya dengan menjadikan kawasan hadapan rumahnya sebagai kedai kekal. Beliau didorong oleh keluarga untuk membesarkan perniagaannya. Antara faktor lain juga ialah beliau mempunyai pelanggan tetap yang setia yang berkunjung ke kedai beliau. Menu utama yang terdapat di amir burger corner ini ialah berasaskan burger seperti Burger Ayam/daging biasa, burger ayam/daging double, burger ayam/daging special, benjo, sosej, sosej special. Selain menu yang bersasakan burger, Amir Burger Corner juga menyediakan makan ala western seperti chicken cop, lamp cop dan banyak lagi menu yang beliau sediakan, manakala menu minuman pula ialah teh ais special, teh hijau, bandung laici, minuman cincau dan banyak lagi menu minuman lain. Waktu operasi amir burger corner ialah bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam, 6 hari seminggu. Amir Burger Corner cuma tidak beroperasi pada hari rabu sahaja. Beliau memajukan perniagaan beliau dengan menggunakan media sosial seperti facebook (Amir burger corner), Whats app, instalgram dan medium lain lagi. Beliau juga menyediakan skrin besar kepada pelanggan-pelanggan beliau untuk menikmati movie, sukan dan lain-lain siaran lagi.