Mengenai NaDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi)) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NaDi



Sejarah

FELDA BUKIT BADING terletak dalam daerah Hulu Terengganu, lebih kurang 44 kilometer ke Selatan Bandar Kuala Terengganu. Ia termasuk di bawah kawasan Parlimen Hulu Terengganu dan kawasan Dewan Undangan Negeri Ajil. Dipercayai wujudnya KAMPUNG FELDA BUKIT BADING pada peta daerah dan negeri ini ialah pada ketika dulu ada beberapa komunis cina telah bertapak di atas bukit untuk bercucuk tanam. Diceritakan orang bahawa dua komunis yang bernama Bang dan Ding telah bergaduh sesama sendiri ketika itu sehingga berlakunya pembunuhan. Disebabkan itu, komunis tersebut telah ditanam di atas bukit dan telah menjadi bualan orang ramai. Maka , terkenallah tempat tersebut dengan nama Bukit Bading. Bermula dari situ, Rancangan mula dimajukan dengan tanaman sawit dalam tahun pembangunan 1963/64 dan mempunyai enam peringkat dengan kawasan seluas 2,624.81 hektar. Luas kawasan perkampungan pula ialah 111.69 hektar. Peringkat I telah ditanam semula pada program tahun 1991/92 dan peringkat II dan III pada program tahun1992/93. Peringkat V merupakan kawasan tambahan ( REZAB).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


KELAS ICT – MENGEMAKINI STR

Aktiviti Terkini | 6 Mac 2024

Kelas ini bertujuan untuk mengajar komuniti yang kurang berkemahiran menggunakan kemudahan internet untuk membuat pengemakinian Sumbangan Tunai Rahman (STR)....baca selanjutnya

PROGRAM MEH PAKAT WAT SPEC MATA BELAKA & KDB

Aktiviti Terkini | 14 Febuari 2024

Komuniti diberi kemudahan membuat pemeriksaan mata menyeluruh secara percuma tanpa perlu ke pekan atau bandar....baca selanjutnya

PROGRAM KUTIPAN HASIL CUKAI TANAH & CYBER S.A.F.E

Aktiviti Terkini | 13 & 14 Januari 2024

Komuniti diberi kemudahan membayar cukai tanah mereka tanpa pergi ke Pejabat Tanah Daerah Hulu Terengganu yang jauh daripada kawasan Felda....baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti